Tuesday 4 October 2011

Program Lawatan GPM PKG Batu Gajah ke PSS SK Manjoi Satu

Seramai 23 orang GPM dari PKG Batu Gajah telah mengadakan lawatan ke PSS SK Manjoi Satu pada 27 September yang lalu.  Lawatan tersebut adalah salah satu program kursus asas 35 jam bagi GPM baru dan Pembantu GPM yang baru.  Pihak sekolah amat berbesar hati kerana sekolah ini telah dipilih untuk lawatan tersebut...
     Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada GPM PKG Batu Gajah atas lawatan tersebut.  Atas apa-apa kekurangan semasa lawatan tersebut usah disimpan dalam memori.  apa-apa yang baik yang ada pada kami jadikanlah sebagai panduan.
   Kepada GPM terimalah serangkap pantun dari saya
       Buah cempedak di luar pagar,
           Ambil galah tolong jolokkan,
       Kita semua baru belajar,
           Kalau salah sama-sama tunjukkan.

Thursday 16 June 2011

Sempena Pemantauan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak

   Pada 20 April 2011 yang lalu, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada pihak pemantau untuk pemantauan pusat sumber, dalam pertandingan Pusat Sumber Cemerlang negeri Perak. Berikutan itu, pihak sekolah telah menyambut kedatangan mereka dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah.



                               Gambar ini dirakam ketika mereka mempersembahkan dua buah nasyid.

Thursday 9 June 2011

Pusat Sumber Sk. Manjoi Satu telah mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Perak ,Katogeri Sekolah Rendah Bandar 2011. Harapan agar semua warga Sk. Manjoi satu dapat bersam-sama meningkatkan lagi kecemerlangan Pusat Sumber serta menambahbaik lagi Pusat Sumber kita.  Banyak lagi yang kita perlu pertingkatkan..antaranya Taman Herba serta Laman Kaktus serta keceriaan sekolah kita.

Friday 27 May 2011

Kursus Penulisan Kreatif Tahun Satu hingga Tahun Lima

Kursus penulisan kreatif Untuk Tahun Satu hingga tahun Lima akan diadakan pada 31 hb Mei 2011.  Semua murid Tahun 1 hingga Tahun Lima dijemput hadir ke sekolah pada hari tersebut jam 8.00 pagi.  Kursus tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid cara menulis karangan dan menghasilkan nukilan murid-murid.  Matlamat penulisan tersebut bertujuan untuk melahirkan satu murid satu cerita.

Monday 18 April 2011

TERIMA KASIH PKG KINTA UTARA

Terima kasih diucapkan kepada semua PTP PKG Kinta Utara yang telah membantu sejak dari 15 April 2011 untuk memperkasakan semua aspek PSS Sek. Keb. Manjoi Satu. Mereka telah berkampong pada 16 sehingga 19 April 2011 untuk membantu memantapkan lagi fizikal dan segala aspek PSS. Kami merasakan amat bertuah kerana bantuan tuan-tuan dan puan-puan. Khidmat bantu dan nasihat para PTP PKG Kinta Utara amat kami hargai.

Pn. Fuziah

PSS SK MANJOI SATU MAJU LAGI SETAPAK

Sekali lagi PSS Sek. Keb. Manjoi Satu telah terpilih untuk menyertai pertandingan PSS Cemerlang Negeri Perak setelah terpilih diantara 4 pusat sumber terbaik di daerah Kinta Utara. Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara mempunyai hampir 170 buah sekolah dan PSS SK Manjoi Satu adalah diantara 4 yang terbaik dan dicalonkan untuk dinilai di peringkat negeri Perak pada 20 April 2011 kelak.

Diharapkan semua Pengawas PSS dapat membantu semua guru dan AJK Pelaksana PSS SK Manjoi Satu untuk memperkemaskan dan memantapkan lagi PSS kita.

Pn. Fuziah